Part 1.
September 2013. Kuala Lumpur. 7 pagi.
Empat tahun berlalu. Belum begitu stabil, seperti ombak datang membadai. Perubahan angin dan frekuensinya sering membuatkan aku tidak berasa selamat.
Apa benar semua lelaki adalah serupa dan mempunyai nilai yang sama? Aku mengharapkan lelaki yang aku kenali empat tahun lepas masih berada di depan ku, masih jitu tanpa apa-apa corekkan. Kerana dengan nilai itulah, aku jatuh ke dunia cinta. Aku anggap kau lelaki luar biasa, hampir sempurna untuk melengkapiku, kerana aku sendiri gadis biasa-biasa.
Perbezaan antara kami mungkin makin ketara. Tapi perasaan emas yang aku rasai ini masih sama, sama seperti empat, tiga, dua dan setahun lepas. Bagaimana dengan apa yang dia rasa?
Kerana apa yang aku takuti, perkataan yang seringkali aku dengar dimana-mana 'manusia berubah'.
"Manusia mungkin berubah, tapi harapnya, hati tidak", keluh Hannah.
Hannah membuka satu demi satu kad-kad kecil pemberian kekasih hatinya sejak awal perkenalan dahulu. "It's been a while since this one," Bisik Hannah sambil memegang kad terakhir yang terimanya sejak dua tahun lepas. Isi ucapan dan ungkapan dalam setiap kad, begitu ikhlas dan penuh kasih sayang , Hannah dapat rasakannya.
...
Nukilan,
Ceya.
P/S - waa..berjaya tulis empat para sey, amazed dgn dri sendiri.hahaha.sila sambung kerja-kerja hakiki anda sekarang ceya.
Saturday, September 7, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment