I found one article, mine, yes, written by me,
which suppose to submit in Nadi Bangi! (hidden meaning there! I won't tell here)
------------------------------------------------------------------------------------
PEMAKAIAN VEST PELENGKAP PENAMPILAN
Oleh : Nur Syahirah Abdul Ghani
Dengan mengenakan vest sebagai sebenarnya banyak memberi impak kepada si pemakai. Bukan sahaja kelihatan kemas dan sesuai untuk pemakaian korporat, tetapi juga boleh digayakan secara kasual dan kelihatan ranggi. Selain itu, pemakaian vest juga berfungsi menambahbaik penampilan si pemakai dan melindungi kekurangan pada tubuh. Seperti kardigan, vest mampu melengkapkan penampilan sekaligus meningkatkan tahap keyakinan seseorang.
Vest di Perancis dikenali sebagai veste, orang Itali memanggilnya vesta manakala di Latin adalah vestis. Pada asalnya vest merujuk kepada pakaian tanpa lengan yang dipakai lelaki bersama kot dan diperkenalkan Raja England, King Charles 11 ketika era 80-an. Sungguhpun begitu, dunia fesyen mula melalui proses kreativiti dan inovasi dan seterusnya kini vest turut digayakan oleh para hawa.
Namun begitu, pemakaian vest akan lebih menarik jika divariasikan dengan padanan fabrik ataupun warna yang sesuai. Biasanya warna vest yang menjadi pilihan adalah warna semulajadi seperti hitam, coklat atau putih. Warna-warna ini warna dasar yang boleh dipadankan dengan warna lain. Garisan yang membentuk vest sebaiknya berbentuk V rendah atau U. Pilihan vest garisan V mampu memberi kesan merampingkan dan meyeimbangkan bentuk badan dan bentuk wajah. Vest juga berfungsi dalam memberi kesan berlapis, justeru menampakkan badan yang kurus sedikit berisi.
Selain itu juga, vest seeloknya digayakan bersama kemeja atau baju lengan panjang sama ada polos ataupun bercorak memandangkan vest adalah pakaian tidak berlengan. Terdapat pelbagai jenis fabrik vest di pasaran contohnya baldu, taffeta (kain sutera tipis berkilat tetapi agak keras), sequin (labuci) dan satin yang boleh menyerlahkan ciri feminine si pemakai. Bagi yang sukakan gaya ranggi, vest denim sesuai dikenakan dan secara tidak langsung menimbulkan kesan santai.
Tiada peraturan tertentu yang digariskan untuk memakai vest. Namun begitu, vest perlu bijak digayakan agar tidak kelihatan janggal serta mengganggu keselesaan si pemakai. Vest boleh dipadankan bersama blazer ataupun jaket. Si pemakai pastinya tampil dengan lebih bergaya, terkini dan yakin. Bagi penampilan korporat atau ke pejabat, vest juga sesuai digayakan dengan kemeja labuh.
eh tetibe pic ni kan.haha its actually me in a vest ok! :P |
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : deliberately posting this article as my lecturer said to the class, your writing in blog could be one of your portfolio.
(even I am not a good writer and don't really intend to be a journalist!.huh)
0 comments:
Post a Comment