Sunday, May 17, 2015

Part 3. Catatan Diari Seorang Gadis Biasa-Biasa

17 May 2015. Kuala Lumpur. 7.15 am. 

Telah beberapa hari ini, hati cuba menafikan, fikiran cuba dilayangkan jauh dari fokus sebenar. 

Fasa yang cukup sukar, jenuh menidakkan akhirnya hati ini tumpas.
Kerinduan yang tiada penghujungnya.

Hannah keliru. Namun jauh disudut hatinya, dia masih megharapkan perhubungan ini berakhir dengan cerita cinta yang bahagia.

Apakah sejarah mungkin berulang? Perhubungan jarak jauh yang dahulunya digelar lebih ‘mentah’ berbanding sekarang tentunya banyak memberi pengajaran.

Namun hati lelaki, siapa tahu bilamana ianya berubah jika di’sogokkan’ dengan empat perkara utama – harta, pangkat, wanita dan kuasa.

Apa yang boleh dijangka, semua mungkin bakal berubah, keakraban, kemesraan dan mungkin juga kesetiaan. 



Hannah hanya berharap 5 tahun ini tidak berlalu pergi begitu saja. Kerana lukanya nanti terlalu perit hingga tidak akan lagi dapat diubati. 

Mungkin masa dan ruanglah yang diperlukan tika ini untuk Hannah. Ambillah selama mana dan seluas mana ruang yang diperlukan, apa yang akan terjadi di antara masa dan ruang ini nanti anggaplah ianya sebagai takdir. 

...

Nukilan, 
Ceya.

Sunday, May 3, 2015

Part 2. Catatan Diari Seorang Gadis Biasa-Biasa.

April 2015. Kuala Lumpur. 

Tiada daya yang berbaki untuk kutahan air mata ini. 
Bak kata orang melaka, hujan lebat nau sampai banjir.
Di pejabat hari ini, aku menerima guruh dan kilat sambung menyambung. 
Mungkin mereka lupa aku hanya gadis biasa-biasa berusia 24 tahun. 
Masih terlalu, atau agak 'muda' untuk dunia seperti kamu.
Zalim benar kamu semua. Keluh Hannah malam itu.

Bukan mudah menjadi seorang dewasa. Sungguh.
Pelbagai liku perlu dilalui oleh Hannah, bahkan pastinya fasa yang sama dilalui jutaan dewasa yang lain. 

Laluan hidup setiap insan tidak sama, curamnya juga berbeza. 
Laluan yang ingin ditempuhi mungkin jauh menyimpang daripada langkahan kaki ini. 

Usai maghrib, panggilan dari si dia ku terima. 
Segala kekuatan cuba dipindahkan agar aku terus kuat, setidaknya untuk bekalan malam itu. 
Kekuatan itu diserap perlahan-perlahan dan Hannah tidur lena malam itu.

Namun, liku ini tidak terus terhenti malah masih menghantui. Masih perlu dilalui dan dihadapi. Hannah masih mencuba dan berdoa agar terus diberi kekuatan luar biasa oleh Yang Esa dalam setiap langkahnya.

...

Nukilan,
Ceya.